Jumat, 28 Desember 2012

6 RAHSIA PERIBADI NANA




Nama : Siti Nordiana Alias
Tarikh Lahir : 22 November 1984
Tempat Lahir : Seremban, Negeri Sembilan
Profesion : Penyanyi, pelakon
6 RAHSIA PERIBADI
1.    Setiap pagi Nana pasti akan masuk ke bilik air dan duduk lama-lama di situ. Entah kenapa, ia bagai sudah menjadi satu kemestian dalam rutin harian Nana. Kadangkala tu bukannya ada buat apapun, tapi katanya dia rasa selesa begitu kerana dah jadi tabiatnya sejak kecil.
2.    Macam tak percaya bila Nana akui yang dia ni seorang pemarah... tetapi cepat pula sejuknya. Selain itu, dia juga cepat sensitif dan air matanya mudah mengalir bila menonton sesebuah filem sedih. Selalunya filem yang sering ditontonnya ialah filem Hindustan, sebab itulah dia sukar mengawal kesedihan apabila menyelami babak-babak yang menyentuh perasaan... tak sangka kan
3.    Kalau melihat daripada watak Nana, pasti ramai yang menyangka penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini terlalu manja. Namun tekaan tersebut disangkal keras oleh Nana kerana dia bukan manja tetapi cuma bersikap lemah-lembut. Malah Nana juga jarang berkasar dengan orang lain disebabkan dia memang sudah terdidik menghormati sesiapa sahaja.
4.   Seandainya tidak menjadi penyanyi, kata Nana dia kemungkinan besar hanya duduk terperap di rumah sahaja. Paling tidakpun agaknya menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Tetapi jelas Nana lagi, dia sebenarnya meminati bidang komputer dan bidang tersebut pasti menjadi pilihannya sekiranya dia tidak bergelar artis seperti sekarang.
5.    Perancangan masa depan Nana ialah ingin membuka kelas vokal. Itupun katanya apabila bidang nyanyian yang diceburinya kini sudah tidak menjanjikan kejayaan lagi. Bagaimanapun, selagi peminat menerimanya sebagai artis, selagi itulah dia akan terus bergiat aktif tanpa merasa jemu sedikitpun. Sesungguhnya, bidang seni suara merupakan pilihan utama dalam hidup Nana berbanding bidang lain.
6.   Dari segi peribadi, pencapaian dan kepuasan dalam diri Nana yang paling terbesar setakat ini ialah apabila dia menerima anugerah platinum di atas penjualan albumnya. Dia juga kini sudah tidak mengalami masalah kewangan apabila rezekinya makin bertambah tahun demi tahun. Syukur alhamdulillah... kata Nana sambil tersenyum manis...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar